D |
icapainya beg tangannya dengan penuh rakus. Sambil mengenakan gincu Maybelline, Fatin Anisa mengeas dokumen-dokumen di dalam fail. Dokumen-dokumen yang perlu di bawa ke pejabat. Tidak dia sangka, hari pertama bekerja menjadi sehuru-hara ini. Ini gara-gara tersilap mengunci jam loceng telefon bimbitnya. Disangkanya telah dikunci pukul 7.00 am tetapi dikuncinya pukul 7.00 pm. Patutlah jam penggera tefon bimbitnya tidak berbunyi. Nasib juga teman serumahnya, Raihana mengejutkannya. Apalagi melompatlah Fatin dari katilnya setelah jam menunjukkan pukul 7.45 am. Fatin panik. Cukupkah masa untuknya bersiap-siap sedangkan dia perlu masuk berkerja pukul 9.00 am? Ingin menangis rasanya kerana terlalu panik. Bukan apa, nampak tidak elok sekali, di hari pertama bekerja sudah lewat. Bagaimanakah impresi pertama majikannya nanti. Adakah dia akan dilabelkan pekerja sering lewat kelak? Adakah pekerja-pekerja lain akan menyisihkannya akibat kelewatannya hari pertama? Ah, fikirannya serabut.
“Rileks lah Fatin, jengan kelam-kabut. Cuba tarik nafas perlahan-lahan”, Raihana cuba menenangkan Fatin yang kelam-kabut mencari stoking yang baru dibelinya semalam semata-mata untuk hari pertama dia berkerja. Fail berisi dokumen penting tadi diletakkan dalam beg tangannya dan beg tangan itu diletakkan di atas sofa di ruang tamu. Sakit hati Fatin mencari stokinnya. Baru semalam dia membeli stoking tersebut, tetapi hari ini dia lupa di mana dia letakkannya.
Fatin tidak mempedulikan kata-kata Raihana. Malah entah dia dengar atau tidak apa yang Raihana katakana tadi. Diselongkarnya plastik Jusco di atas meja makan, di capaina stoking hitamnya dan pantas dipasangkan ke kakinya. Secawan milo dan dua keping roti bakar yang Raihana buat langsung tidak dijamah Fatin. Tidak sedikitpun Raihana terasa hati dengan Fatin walaupun dia memang buatkan untuk teman serumah yang juga rakan karibnya sejak zaman universiti lagi. Hakikatnya Raihana memahami situasi Fatin sekarang. Dia juga sedikit geli hati melihat perilaku Fatin. Akibat terlalu kelam-kabut, Fatin langsung tidak berbicara denga Raihana dari bangun tidur tadi sehingga sekarang. Sambil membuka pintu, Fatin mengikat rambutnya yang paras bahu. Sejurus kasutnya dipasang, pantas Fatin keluar.
“Fatin! Beg tangan kau!”, teriak Raihana dari dalam rumah.
“Ah, bak sini Fatin, cepat! Aku malas nak buka kasut lagi”, berlari Raihana kearah Fatin dengan harapan dia cukup pantas menyerahkan beg tangan tersebut kepada Fatin. Diambilnya beg tangan dari tangan Raihana dan terus pergi. Sempat juga Fatin memandang jam tangan nya.
“Alamak, dah pukul 8.05 am?”, bisik hati Fatin. Cemas. Tidak juga dia sangka yang dia mampu bersiap dalam tempoh kurang 30 minit.
“ Harap-harap tidak ada orang perasan aku cuma basuh muka hari ni”, bisik hatinya. Agak rasa tidak selesa rasanya bagi Fatin pergi bekerja tanpa mandi pagi. Tapi apakan daya, kalau dia mandi juga, mungkin tidak cukup masa untuknya keringkan badan, keringkan rambut. Tidak ingin Fatin naik tren dengan rambut yang basah. Cukup dia tidak selesa sebegitu.
“Sorry ya Ana. Aku pergi dulu”,Fatin berkata tanpa berpaling ke belakang memandang Raihana yang di hadapan pintu.
“Ya, takpe. Jalan elok-elok ya. Berlari tau, jangan berlenggang-lenggang”, balas Raihana sambil memandang Fatin masuk ke dalam lif. Raihana tersenyum.
Tibanya Fatin di pejabat tepat pukul 8.45 am. Lima belas minit sebelum masuk kerja. Bergegas Fatin ke meja Team Manager (TM) Hairi melapor diri. Diserahkannya dokumen-dokumen penting untuk simpanan majikannya. Di selak-selaknya fail dan di keluarkannya, satu persatu dokumen. Salinan kad pengenalan, borang pengenalan diri pekerja yang siap diisinya semalam, borang permohonan kad perkerja dan kad elektronik dan juga beberapa salinan sijil-sijil persekolahan dan sijil tingginya.
Encik Hairi nampak tampan bila kali pertama Fatin memandangnya. Sebenarnya, sebelum ini pun pernah dia bertemu dengan Encik Hairi. Semasa latihan dulu, dia pernah diperkenalkan oleh Kak Yuni, pelatihnya dulu semasa mereka dibawa melawat tempat mereka bekerja. Tapi masa itu, dia tidak berdepan dengan Enicik Hairi sedekat ini. Kulit Encik Hairi yang putih dan licin menambat hati Fatin. Misai yang tumbuh jarang-jarang sekitar bawah hidung dan juga janggut sejemput Encik Hairi menampakkan kematangan. Menggegar jiwa Fatin yang suka akan jejaka yang tampak matang. Sepermandangan Fatin, rasanya usia Encik Hairi mungkin lewat 20-an. “Ah, sudah Fatin, berhenti mengelamun. Fokus!”, Fatin ingatkan dirinya sendiri.
“Hai, Fatin kan? Awak tahu nama saya tak?”, tanya Encik Hairi.
“ Ya, saya tahu. Encik Hairi kan?”, jawab Fatin seakan-akan kurang yakin.
“Eh, macam mana awak tahu, saya tak kenalkan diri lagi”, Encik Hairi bercanda. Fatin hanya tersengih..
“OK, ada 10 minit lagi nak login, dua hari ni, awak jangan jawab call lagi, awak dengar mentor yang saya pilihkan untuk awak call dulu, lepas dua hari baru awak start answer call ya?”, jelas Encik Hairi.
Fatin mengangguk faham.
“Nisa! Nisa!”, jerit Encik Hairi perlahan.
“Ya, Abang Hairi?”, gegas Kak Nisa segera ke meja Encik Hairi.
“Ini budak baru team kita, awak hari ni jawab call, dia dengar. Esok pun sama. Awak mentor dia hari ini dan esok ya?”, jelas Encik Hairi pada Kak Nisa, senior kumpulan Fatin.
“Baik Abang Hairi”, balas Kak Nisa. “Jom, kita jawab call, dah nak pukul 9 ni”, ajak Kak Nisa dengan ramah. Fatin tersenyum dan mengangguk.
“Fatin pergi dulu Encik Hairi ya?”, Fatin cuba berlaku sopan santun dengan meminta izin untuk mengundur diri.
“Ok”, balas Encik Hairi dan terus berpaling ke komputer di depannya, menyambung kerjanya yang bagai tak pernah habis.
Kak Nisa menyiku lembut Fatin. “Panggil Abang Hairi je, dia baik, jangan risau”.
Bersambung...
Bersambung...