RSS

Ahad yang Kurang Bicara (Speechless)

Ahad pertama bulan puasa.

Tiada apa sangat yang dapat dibuat. Bukan kerana malas atau tidak larat. Cuma rasanya aku tidak rasa untuk berbuat apa-apa hari ini. Mungkin akan pergi keluar membeli makanan anak-anak kittun aku selepas ini.

Berbuka puasa mungkin di rumah Pak Su, pakcik sahabatku. Teringat akan bulan puasa tahun lepas. Menginap di rumahnya hampir 3 bulan.

Malu sungguh rasanya, sungah terlalu lama tidak ke sana. Mungkinkah mereka beranggapan aku ibarat kacang lupakan kulit? Bukan, aku bukan sebegitu. Cukup besar jasa mereka membenarkan aku menginap di sana semasa menjalani latihan kerjaku. Tambahan di bulan puasa, mereka suami isteri bekerja masih punya masa menyediakan santpan sahur dan berbuka buat aku dan anak buah mereka. Tanpa sebarang balasan.

Ya, mungkin aku akan ke sana Maghrib nanti.

Hari ini Sunday Blues, bersiap-siap pula untuk Monday Blues esoknya pula.

0 comments:

Catat Ulasan